..

...

30 August 2010

Pilihanku....

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..

Cinta...

CINTA..
Andai saja kau bisa merasa getaran HATIku,
Kau akan tahu betapa aku sangat meRINDUimu..
Andai saja kau bisa menadah AIR MATAku,
Kau akan tahu betapa aku takut keHILANGanmu..
Andai saja kau JAUH dari diriku,
Kau akan lihat betapa KOSONGnya hidupku..
Andai saja kau HILANG dariku..
Berjuta nyawa pun tak mampu menghidupkan JIWAku!

Cinta..
Jatuhnya aku pada kekuatan cinta tanpa melihatmu..
Butanya aku pada dugaan yang menguji kasihku..
Biar nyawa jadi taruhan asalkan cinta ini dipertahankan..
Biar harta dan jasad terkorban..
Kerana cinta ini yang ku damba!

Cinta..
Menyebut namamu takkan pernah jemu..
Mengingatimu takkan pernah lupa..
Memujimu takkan pernah rapuh..
Janjimu sentiasa teguh..
Cinta sehidup dan selepas mati..
Cinta yang sentiasa bahagia walau derita..
Aku menyintai sesuatu kerana cinta itu!
Aku hidup kerana cinta itu!
AKu mati kerana cinta itu!

Cukup bagiku cintamu..
Itulah pelindung yang memeliharaku..
Itulah ketenangan yang mententeramkan aku..
Itulah kebahagiaan yang menyinariku..

Engkau yang selalu ada..
Engkau yang sentiasa bersama..
Saat suka dan duka..
Aku cinta padamu..
Aku cinta pada takdirmu..
Aku cinta pada jalanmu..

Atas nama cinta..
"Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.."
Atas nafas cinta...
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Jihad cinta buatMu ya Rabb...
Pelihara nadiku untuk sentiasa mengingatiMu..
Pelihara hatiku untuk sentiasa beriman padaMu..

18 August 2010

Aku rindu padamu wahai angin desa...

Sekarang sudah hari ke lapan umat Islam berpuasa...masih ada 22 hari lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri...hati terasa sayu bila melangkah meninggalkan Ramadhan...tahun ini sudah 10 tahun aku beraya tanpa 'we' dan sudah 3 tahun abangku pergi meninggalkan kami..setiap kali azan raya berkumandang..terasa sayu dihati...tanpa disedari, air mata mengalir dipipi.....

Terasa baru semalam tangan ayahku dan abangku menyapa bahuku..kini tiada lagi tangan yang membelai aku saat aku menangis...sewaktu coretan ini ku tulis, terasa titisan air jernih membasahi pipiku...

Betapa aku rindu padanya....betapa aku rindu pada pelukan ibuku...walau kini aku sudah bergelar isteri dan bakal menjadi ibu, namun perasaan ingin dimanja dan dibelai oleh ibuku tidak dapat kukikis dalam sanubariku...kerana selamanya aku tetap menjadi anak kepada ibuku..insan yang telah melahirkan ku ke dunia ini....tanpanya tidak mungkin ku kenal dunia ini...tidak mungkin ku dapat hayati kebesaran-NYA.

Hatiku terasa dipalu-palu..terasa ada sesuatu yang tersekat di mindaku, namun aku tidak pasti apa sebenarnya...ingin ku luahkan susah kerana aku sendiri tidak tahu apa yang sedang bermain di mindaku...terlalu berkecamuk...adakah ini perasaan rindu pada insan yang bergelar ibu...atau perasaan merindukan orang yang telah tiada...

Kesibukan di kota membuatkanku semakin rindu pada kampung halamanku...terutama kampung nenekku..yang menghijau dek padi-padi yang memenuhi sawah padi....terasa kerdilnya diri ini...barulah ku sedar, walau setinggi manapun manusia terbang atau berhijrah...manusia akan kembali juga ke tempat asalnya....seperti burung, akan kembali ke sarangnya jua....

Malam ini, hujan lebat diluar sana, membasahi bumi kota Kuala Lumpur...siang hari asap berterbangan, di malam hari hujan telah menjadikan udara kembali bersih...indahnya kejadian ALLAH...mencipta sesuatu dengan bersebab...

Esok rutin harianku bermula....dan akan berakhir pada 'sore' nya....

Selamat malam pembaca......

05 August 2010

Biar Kalam Berbicara

sepi ku rasakan malam ini...terasa kosong mindaku ini...
terasa diriku terasing ditempatku sendiri..
kenapa???aku tidak tahu apa jawapannya....soalan tanpa jawapan.

Tugasan banyak yang perlu disiapkan dengan segera...tetapi entah kenapa diri ini terasa berat untuk memulakan tugasan yang telah terhidang di atas meja...komputer juga yang kusentuh....

Adakah kerana imanku yang lemah?
Adakah kerana motivasiku semakin berkurangan?
Adakah perangsangku semakin jauh?
bertubi-tubi soalan datang menerpa di mindaku..namun tiada yang mampu ku jawab...

Entah kenapa semenjak belakangan ini, terasa diri terlalu malas untuk bersuara..sepatah yang ditanya,hanya anggukan sebagai menjawab pertanyaannya...walaupun aku tahu aku telah melukakan perasaannya...namun sukar untuk ku tepis perasaan yang berbolak balik ini...

Benarkah orang tua kata, ini biasa terjadi kepada bakal ibu?Atau mungkin juga sebab terlalu melayan perasaan sehingga tidak dapat bezakan sesuatu secara rasional.


Terasa diri bersalah,namun apakan daya...buat masa sekarang diriku tidak dapat meluahkan apa yang terbuku...mungkin bila masa itu sudah tiba,akan terungkai semua persoalan yang bermain di mindaku selama ini...bagiku, yang terbaik sekarang adalah hanya mendiamkan diri..tidak mahu mengundang pelbagai kontroversi yang sebenarnya boleh dielakkan sekiranya pandai menyembunyikan perasaan....

Sekarang..ku biarkan kalam yang berbicara...kadang2 kita sesuatu perkara boleh diselesaikan tanpa berbicara...betul ke tanggapan ku ini??...apapun, setiap orang ada perspektif yang tersendiri...bagiku itulah pandanganku...

ucapan terakhir dariku....ku biarkan kalam berbicara untuk meluahkan apa yang terbuku dihati ini..meluahkan persoalan yang bermain dimindaku....


kalau tidak kerana sayang,
tidak mungkin kuturutkan,
kalau tidak kerana abang,
tidak mungkin kubertahan.