Bakal Suamiku….
Telah terpatri janji
Antara dua keluarga…
Mengikat janji hidup
Untuk bersama
Jika aku diterima kerana kecantikan
Kau akan kecewa bila melihat kendur di wajahku
Jika aku diterima kerana kekayaan
Kau akan kecewa bila aku menjadi papa
Jika aku diterima kerana kelebihanku
Kau akan kecewa bila tersingkap kekuranganku
Tetapi, terima lah aku kerana-NYA
Aku hanya wanita yang dijadikan dari tulang yang bengkok
Jangan kau manjakan aku dengan kemewahan
Kerana aku takut aku tak bisa menerima kemiskinan
Jangan manjakan aku dengan belaian mesramu
Kerana aku takut aku akan menjadi isterimu yang lemah
Tetapi, didiklah aku dengan kelembutan tapi penuh ketegasan
Didiklah aku dari ajaran ayat-ayat NYA
Didikan dari sunnah Rasul Allah
Kenalkan aku pada Pencipta
Kenalkan aku pada agama-NYA
Dan
Kenalkanlah aku pada generasi ISLAM yang sebenarnya
Generasi yang bakal menjadi zuriat dan keturunan kita.
Kepada-Mu Ya Allah,
Ku mohon
Jika dia yang Kau tetapkan menjadi raja dalam singgahsanaku
Maka Kau peliharalah janji ini
Agar ia tidak dicemari dengan fitnah dan kemaksiatan
Dalam mendirikan masjid
Tempat kami menghidupkan syariat-Mu
Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Apa yang terbaik buat hamba-hamba-Mu
(27-12-2009)
Kebahagiaan sebenar suami dan isteri bukan bergantung kepada kecukupan nafkah zahir dan batin atau kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi bergantung kepada sejauhmana masing-masing mengikut peraturan ALLAH.