..

...

30 April 2010

Tunjukkan Ku Jalan Ke Syurga....

Diri ini penuh dengan dosa dan noda....
Terkapai-kapai mencari dahan untuk berpaut...
Mencari sebuah erti kebahagian dan erti ketenangan...

Semakin hari semakin sesak di dada ini...
Sesaknya menghentap jiwa ragaku...
Telah diragut ketenangan di hati ini...
Sekian lama diri mencari sinar....
Namun dipenghujung jalan ku temui jalan buntu....

Lantaran diri terasa kerdil...
Terasing mencari jalan ke sana.....
Tiada tangan yang memimpin...

Akhirnya..
Kau hadir saat kumemerlukan..
Mencari sebuah kebahagiaan dan ketenangan
Telah ku damba cintaMU...
Sekian lama...
Baru kini terasa kenikmatan bersama-MU
Lantaran diri diselubungi noda...
Sehingga sukar melihat CINTA-MU
Sejak sekian lama....

Ya Allah..
tunjukkan ku jalan ke syurga-MU
Kerana ku ingin sekali menatap wajah-MU
Terlalu rindu pada-MU
Namun seringkali ku alpa
Dalam membuktikan cintaku pada-MU

Namun..
Jangan pernah Kau membenciku
Kerana tiadalah aku tanpa-MU
Tiada yang kuharapkan...
Melainkan cinta kepada MU...

Tunjukkan ku Jalan ke Syurga
30 April 2010,
10.13 PM

malam yang penuh keberkatan...

malam Jumaat....malam yang penuh keberkatan....
banyak manfaat pada malam ini...

Malam ini sukar untuk ku melelapkan mata walau badan telah penat
setelah menyiapkan 30 % kerja untuk malam ini...aku tidak dapat menyiapkannya kerana kepala dan mata sudah merayu supaya berehat...aku akur walau hati berat kerana masih terdapat beberapa kerja yang perlu disiapkan dalam jangka masa yang singkat...

Tidak larat rasanya untuk meneruskan bicara malam ini...otak dan fikiran harus berehat kerana esok akan ku kerah semaksimum mungkin mengikut kemampuan....

Selamat malam semuanya..moga malam ini penuh dengan ketenangan dan kedamaian...sedamai lagu " epilog silam" yang di pasang dalam winamp ku sekarang...
ASSALAMUALAIKUM.....