..

...

08 March 2010

BAKAL SUAMIKU.....

Bakal Suamiku….

Telah terpatri janji

Antara dua keluarga…

Mengikat janji hidup

Untuk bersama

Jika aku diterima kerana kecantikan

Kau akan kecewa bila melihat kendur di wajahku

Jika aku diterima kerana kekayaan

Kau akan kecewa bila aku menjadi papa

Jika aku diterima kerana kelebihanku

Kau akan kecewa bila tersingkap kekuranganku

Tetapi, terima lah aku kerana-NYA

Aku hanya wanita yang dijadikan dari tulang yang bengkok

Jangan kau manjakan aku dengan kemewahan

Kerana aku takut aku tak bisa menerima kemiskinan

Jangan manjakan aku dengan belaian mesramu

Kerana aku takut aku akan menjadi isterimu yang lemah

Tetapi, didiklah aku dengan kelembutan tapi penuh ketegasan

Didiklah aku dari ajaran ayat-ayat NYA

Didikan dari sunnah Rasul Allah

Kenalkan aku pada Pencipta

Kenalkan aku pada agama-NYA

Dan

Kenalkanlah aku pada generasi ISLAM yang sebenarnya

Generasi yang bakal menjadi zuriat dan keturunan kita.

Kepada-Mu Ya Allah,

Ku mohon

Jika dia yang Kau tetapkan menjadi raja dalam singgahsanaku

Maka Kau peliharalah janji ini

Agar ia tidak dicemari dengan fitnah dan kemaksiatan

Dalam mendirikan masjid

Tempat kami menghidupkan syariat-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui

Apa yang terbaik buat hamba-hamba-Mu

(27-12-2009)

Kebahagiaan sebenar suami dan isteri bukan bergantung kepada kecukupan nafkah zahir dan batin atau kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi bergantung kepada sejauhmana masing-masing mengikut peraturan ALLAH.

1 comment:

  1. kata kata...amat senang di puitiskan,tp kadangkala luahan rasa keinsafan itu sekejap sahaja berlalu pergi dan yang tinggal hanya tabiat diri kita yang terbiasa di lakukan setiap hari dan setiap pagi...khusu utk diriku...

    ReplyDelete