..

...

03 March 2010

Raptai perbarisan

2 Mac- Pagi tadi sekolah mengadakan raptai bagi perbarisan yang disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Sepatutnya semua pelajar dan murid dikehendaki hadir pada jam 7.45 pagi. Tetapi tadi disebabkan terdapat sedikit masalah, saya, Ira dan Ita lambat ke sekolah. Jam 8.20 kami masih tidak sampai ke sekolah kerana jem, kerani sekolah menelefon bertanyakan adakah kami tiga orang mengetahui bahawa kami sepatutnya hadir ke sekolah pada jam 7.45. Kami mengatakan bahawa kami tahu tetapi datang agak lewat kerana masalah yang boleh dielakkan sebenarnya sekiranya bertolak lebih awal (hehe)...

Sebaik sahaja tiba di sekolah kami dikehendaki melaporkan diri kepada Puan Ong (PK Korikulum) dan memberi sebab kenapa kami lewat ke sekolah. Kami hanya memberi alasan jalan jem (simple jer). Dalam hati terasa begitu bersalah apabila orang lain susah disebabkan kita. Padahal perkara sebegini boleh dielakkan jika kami keluar lebih awal bagi mengelakkan jem. InsyaALLAH perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan...

Seterusnya perjalanan raptai berjalan seperti biasa. tetapi yang menyedihkan apabila pelajar yang menyertai kawad bagi rumah sukan PIUS tidak cukup anggota. Hanya 27 orang sahaja yang sepatutnya 30 orang. Padahal sehari sebelumnya sudah diingatkan kepada pelajar supaya datang untuk raptai pada hari ini. Beginilah yang terjadi sekiranya tiada KERJASAMA daripada seluruh/ semua anggota.


Bagi persiapan untuk hari sukan pada 6 hb ini, banyak persediaan yang perlu dilakukan dari segi pakaian, makanan, pengurusan dan sebagainya. Terasa penat apabila semua kerja berada di bawah tanggungjawab kita. kadang- kadang terasa diri tidak mampu untuk pikul semua tanggungjawab ini tetapi cuba mana yang terdaya dan terbaik (semoga segala kekurangan dapat dibaiki dari semasa ke semasa) insyaALLAH kerana manusia tidak dapat lari dari kekurangan tetapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk mengatakan TIDAK pada semua perkara.

Rasanya cukup dahulu untuk hari ini, terasa mata sudah berat untuk meneruskan bicara bisu ini. Pengajaran hari ini : lakukan yang terbaik untuk semua dan redha atas apa yang berlaku dan menerimanya dengan ikhlas (jangan banyak mengomel) insyaALLAH ingatan buat diriku yang selalu alpa dan lalai.
Wassalam

No comments:

Post a Comment