..

...

30 April 2010

Tunjukkan Ku Jalan Ke Syurga....

Diri ini penuh dengan dosa dan noda....
Terkapai-kapai mencari dahan untuk berpaut...
Mencari sebuah erti kebahagian dan erti ketenangan...

Semakin hari semakin sesak di dada ini...
Sesaknya menghentap jiwa ragaku...
Telah diragut ketenangan di hati ini...
Sekian lama diri mencari sinar....
Namun dipenghujung jalan ku temui jalan buntu....

Lantaran diri terasa kerdil...
Terasing mencari jalan ke sana.....
Tiada tangan yang memimpin...

Akhirnya..
Kau hadir saat kumemerlukan..
Mencari sebuah kebahagiaan dan ketenangan
Telah ku damba cintaMU...
Sekian lama...
Baru kini terasa kenikmatan bersama-MU
Lantaran diri diselubungi noda...
Sehingga sukar melihat CINTA-MU
Sejak sekian lama....

Ya Allah..
tunjukkan ku jalan ke syurga-MU
Kerana ku ingin sekali menatap wajah-MU
Terlalu rindu pada-MU
Namun seringkali ku alpa
Dalam membuktikan cintaku pada-MU

Namun..
Jangan pernah Kau membenciku
Kerana tiadalah aku tanpa-MU
Tiada yang kuharapkan...
Melainkan cinta kepada MU...

Tunjukkan ku Jalan ke Syurga
30 April 2010,
10.13 PM

1 comment: