..

...

08 March 2010

BAKAL SUAMIKU.....

Bakal Suamiku….

Telah terpatri janji

Antara dua keluarga…

Mengikat janji hidup

Untuk bersama

Jika aku diterima kerana kecantikan

Kau akan kecewa bila melihat kendur di wajahku

Jika aku diterima kerana kekayaan

Kau akan kecewa bila aku menjadi papa

Jika aku diterima kerana kelebihanku

Kau akan kecewa bila tersingkap kekuranganku

Tetapi, terima lah aku kerana-NYA

Aku hanya wanita yang dijadikan dari tulang yang bengkok

Jangan kau manjakan aku dengan kemewahan

Kerana aku takut aku tak bisa menerima kemiskinan

Jangan manjakan aku dengan belaian mesramu

Kerana aku takut aku akan menjadi isterimu yang lemah

Tetapi, didiklah aku dengan kelembutan tapi penuh ketegasan

Didiklah aku dari ajaran ayat-ayat NYA

Didikan dari sunnah Rasul Allah

Kenalkan aku pada Pencipta

Kenalkan aku pada agama-NYA

Dan

Kenalkanlah aku pada generasi ISLAM yang sebenarnya

Generasi yang bakal menjadi zuriat dan keturunan kita.

Kepada-Mu Ya Allah,

Ku mohon

Jika dia yang Kau tetapkan menjadi raja dalam singgahsanaku

Maka Kau peliharalah janji ini

Agar ia tidak dicemari dengan fitnah dan kemaksiatan

Dalam mendirikan masjid

Tempat kami menghidupkan syariat-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui

Apa yang terbaik buat hamba-hamba-Mu

(27-12-2009)

Kebahagiaan sebenar suami dan isteri bukan bergantung kepada kecukupan nafkah zahir dan batin atau kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi bergantung kepada sejauhmana masing-masing mengikut peraturan ALLAH.

03 March 2010

Jika Aku Jatuh Cinta


Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-MU

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta dunia dan jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hati pada-MU

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU. Jagalah rinduku padanya agar tidak lalai merindukan syurga-MU

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-MU, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh cinta pada kekasih-MU, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-MU, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-MU.

Raptai perbarisan

2 Mac- Pagi tadi sekolah mengadakan raptai bagi perbarisan yang disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Sepatutnya semua pelajar dan murid dikehendaki hadir pada jam 7.45 pagi. Tetapi tadi disebabkan terdapat sedikit masalah, saya, Ira dan Ita lambat ke sekolah. Jam 8.20 kami masih tidak sampai ke sekolah kerana jem, kerani sekolah menelefon bertanyakan adakah kami tiga orang mengetahui bahawa kami sepatutnya hadir ke sekolah pada jam 7.45. Kami mengatakan bahawa kami tahu tetapi datang agak lewat kerana masalah yang boleh dielakkan sebenarnya sekiranya bertolak lebih awal (hehe)...

Sebaik sahaja tiba di sekolah kami dikehendaki melaporkan diri kepada Puan Ong (PK Korikulum) dan memberi sebab kenapa kami lewat ke sekolah. Kami hanya memberi alasan jalan jem (simple jer). Dalam hati terasa begitu bersalah apabila orang lain susah disebabkan kita. Padahal perkara sebegini boleh dielakkan jika kami keluar lebih awal bagi mengelakkan jem. InsyaALLAH perkara ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan...

Seterusnya perjalanan raptai berjalan seperti biasa. tetapi yang menyedihkan apabila pelajar yang menyertai kawad bagi rumah sukan PIUS tidak cukup anggota. Hanya 27 orang sahaja yang sepatutnya 30 orang. Padahal sehari sebelumnya sudah diingatkan kepada pelajar supaya datang untuk raptai pada hari ini. Beginilah yang terjadi sekiranya tiada KERJASAMA daripada seluruh/ semua anggota.


Bagi persiapan untuk hari sukan pada 6 hb ini, banyak persediaan yang perlu dilakukan dari segi pakaian, makanan, pengurusan dan sebagainya. Terasa penat apabila semua kerja berada di bawah tanggungjawab kita. kadang- kadang terasa diri tidak mampu untuk pikul semua tanggungjawab ini tetapi cuba mana yang terdaya dan terbaik (semoga segala kekurangan dapat dibaiki dari semasa ke semasa) insyaALLAH kerana manusia tidak dapat lari dari kekurangan tetapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk mengatakan TIDAK pada semua perkara.

Rasanya cukup dahulu untuk hari ini, terasa mata sudah berat untuk meneruskan bicara bisu ini. Pengajaran hari ini : lakukan yang terbaik untuk semua dan redha atas apa yang berlaku dan menerimanya dengan ikhlas (jangan banyak mengomel) insyaALLAH ingatan buat diriku yang selalu alpa dan lalai.
Wassalam

01 March 2010

1 Mac


Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna.Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan...




1 Mac adalah tarikh aku start creat blog...bukan suatu kepentingan pun sekadar ingin berkongsi cerita dan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati ini melalui warkah bisu ini...walau tanpa bicara tapi kesannya mampu mengubah sesuatu...kerana setiap coretan yang berkualiti mampu membina suatu tamadun yang agung...InsyaALLAH...semoga dengan terhasilnya blog ini mampu menjadi wadah perkongsian ilmu kita bersama...


Sebelum mata terlena

Sebelum mata terlena

Dibuai malam gelita

Tafakur di perbaringan

Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa

Mampukah aku mengharungi titian siratul nanti?

Membwa dosa yang menggunung tinggi

Terkapai mencari limpahan hidayah-Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini

Sekadar air mata tak mampu

Membasahi dosa ini

Sebelum mata terlena

Dengan rintihan hati ini

Tuhan beratnya dosaku

Tak terdaya aku pikul sendiri

Hanya rahmat dan kasih sayang-Mu

Andai besok bukan milikku lagi

Dan mata pun aku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah lain

Lepaskan beban ini

Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimut diriku

Dengan sutera kasih sayang-Mu

Agar lena nanti aku mimpikan

Syurga yang indah abadi

Apabila aku terjaga

Dapat lagi aku rasai

Betapa harumnya

WANGINYA SYURGA FIRDAUS….OH ILAHI

Disepertiga malam

Sujudku menghambakan diri

Akan aku teruskan pengabdian pada-Mu.